Majlis Menandatangani Terma Persetujuan Bersama (Mutually Agreed Terms) Antara Pusat Biodiversiti Sabah dan Komuniti Kampung Malangkap Kota Belud turut diadakan pada majlis ini sambil disaksikan oleh YB Datuk Ewon Benedict dan semua dif-dif jemputan.
Turut hadir, Tuan Sernam Singh, Setiausaha Hasil Bumi, Tuan Haji Bakri bin Hj. Nanun, Pegawai Daerah Kota Belud, Dr. Gerald Jetony, Setiausaha Pusat Biodiversiti Sabah, Tuan Amirul bin Aripin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sabah dan Tuan Ramlee bin Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan), JPAN merangkap Timbalan Ketua Sekretariat Sabah Maju Jaya.
Untuk makluman, Sekretariat Sabah Maju Jaya turut terlibat sebagai salah satu pempamer dalam majlis ini.
Laporan disediakan oleh Bahagian Sekretariat Sabah Maju Jaya
Foto oleh Bahagian Governan dan Korporat


