Objektif penganjuran program ini memberi pendedahan kepada kumpulan sasaran tentang pentingnya profesionalisme sebagai setiausaha, sesuai dengan jawatan dan tanggungjawab yang disandang dan membantu membina personaliti, keperibadian dan ketrampilan diri. Selain itu, dengan kursus ini juga dapat mengasah kemahiran interpersonal dan komunikasi bagi menangani segala cabaran di tempat kerja masa kini maka pelbagai aktiviti dilaksanakan ketika program berkenaan berlangsung.
Aktiviti yang dilakukan ialah aktiviti perbincangan dan pembentangan kumpulan. Program ini juga diisi dengan ceramah motivasi yang bertajuk Profesionalisme Dalam Kesetiausaan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Emi Idura Che Hashim .
Sekian, terima kasih.
Gambar dan laporan oleh Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN)


