Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗢𝘂𝘁𝗿𝗲𝗮𝗰𝗵 𝗮𝗻𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

18 OKT - Program Outreach anjuran Bahagian Saraan dan Pencen telah dilaksanakan pada 12 Oktober 2023 bertempat di Maple Mall, Hotel Juta Keningau dengan kehadiran lebih 90 orang penjawat awam.

Program ini bertujuan untuk menyantuni penjawat awam, di mana BS&P menyediakan kaunter klinik konsultasi bagi memberi ruang dan peluang kepada penjawat awam yang hadir untuk bertanya hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan, jawatan, kemudahan yang ada dalam PPPANS 2008 dan MBJ Negeri.

Kaunter yang disediakan ialah: perkhidmatan, Persaraan dan cuti, Rawatan, Elaun dan Gaji, Kemudahan Perumahan, SPANS dan Kaunter Bahagian Pembangunan Organisasi. Seramai 25 agensi kerajaan di daerah Keningau telah dijemput.

Program Outreach pula bermula 9:30 pagi sehingga 4:00 petang.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain