Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗟𝗶𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 (𝗘𝗹𝗶𝘁𝗲): 𝗕𝗮𝘀𝗶𝗰 𝗘𝗰𝗼𝗻𝗼𝗺𝘆 𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲 𝗗𝗲𝘃𝗲𝗹𝗼𝗽𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗣𝗹𝗮𝗻𝘀 𝗚𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗭𝗼𝗻 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟮 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯

15 NOV - Program Literasi Ekonomi (Elite): Basic Economy and Sabah State Development Plans Gabungan Zon Siri 2 Tahun 2023 anjuran Bahagian Pembangunan Kapasiti telah berlangsung dengan jayanya bermula 14 sehingga 15 November, tadi.

Bertempat di Ming Garden Hotel & Residences, penganjuran kursus selama dua hari ini khusus bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Program ini direka selaras dengan Amanat Yang Berhormat, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dalam salah satu inisiatif Fokus Pengukuhan Sumber Manusia iaitu meningkatkan ilmu pengetahuan serta kesedaran pegawai berkaitan hal ehwal ekonomi.

Program ini juga bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan asas dalam bidang ekonomi bagi memantapkan pengelolaan dan tadbir urus sumber negeri.

Di samping meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran tentang dasar-dasar dan pelan ekonomi serta impaknya kepada masyarakat, negeri dan negara, pegawai-pegawai yang celik ekonomi juga boleh berkongsi kefahaman dengan menyalurkan informasi yang jelas dan transparent kepada masyarakat berkenaan dasar-dasar ekonomi yang diterapkan kerajaan.

Ini sekaligus menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pembangunan ekonomi Negeri Sabah.

Dihadiri seramai 50 orang peserta daripada pelbagai Kementerian, Jabatan, dan Pejabat Daerah. Ceramah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Firdausi Suffian, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Sabah.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain