Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗼𝗿 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗲 𝘀𝗶𝗿𝗶 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟯

15 NOV - Program Mentor Mentee siri 2/2023 anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) telah berlangsung dengan jayanya bermula 14 sehingga 15 November 2023, tadi.

Objektif penganjuran adalah untuk mendapatkan pelapis penceramah bagi Program Transformasi Minda (PTM).

Dihadiri seramai 12 orang peserta termasuk mentor, program ini juga membantu memberi pendedahan kepada para pegawai muda dalam perkhidmatan awam menggalas tanggungjawab sebagai penceramah.

Di samping itu, bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan ilmu melalui topik-topik yang diberikan dan memberi peluang para penceramah yang sedia ada untuk menjadi mentor kepada pegawai yang bakal dilatih sebagai penceramah (mentee).

Bertempat di aras 2, Hotel Hilton, Kota Kinabalu, program ini telah berlangsung sehingga jam 10 malam pada 14 November dan sehingga 4 petang pada 15 November.

Perasmian penutupan telah disampaikan oleh Encik Mohd Yassin bin Ibrahim, Pengarah INSAN.

Barisan mentor dan mentee dari JPANS adalah seperti berikut
TOPIK: Ujian Psikologi dan Pembangunan Diri
MENTOR: Puan Wan Razanah binti Matshah
MENTEE:
Encik Adeymend Reny Japil

TOPIK: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam (PPPANS) 2008 Bahagian III - Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan
MENTOR: Encik Joiner Juan
MENTEE: Puan Humaira binti Ahmad

TOPIK: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam (PPPANS) 2008 Bahagian IV - Cuti
MENTOR: Puan Winnie William Wait
MENTEE:
Puan Nur Husniyah Abdul Sallek dan
Encik AK. Mohd Akmal Hirzi bin AK Tuah

TOPIK: Budaya Kerja Kelas Pertama- Keterampilan Diri
MENTOR: DR. Cleopatra @ Clare Asing
MENTEE:
Encik Johan Mohd Zulkefly, dan
Puan Dayang Hania binti Rafei

Untuk makluman siri 3/2023 bagi program ini berlangsung pada 16 sehingga 17 November nanti.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain