Majlis ini berlangsung bagi memberikan anugerah kepada agensi yang memberi komitmen kepada MBJ, Perkongsian Ilmu berkenaan MBJ dan Pelaporan Keaktifan Pelaksanaan MBJ negeri.
Dihadiri seramai 161 orang peserta, program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
JPANS telah menerima anugerah kecemerlangan pelaksanaan MBJ tahun 2022 bagi kategori Jabatan.
Turut hadir, barisan pengarah-pengarah bahagian. Encik Rozhan Zul azri Talikop, Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen merangkap Pengerusi Penganjur MBJ, Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Aidah Hj. Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti, Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri dan Puan Doria Tai, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital.
Sekian, terima kasih.


