Kandungan sedang dimuatkan...

𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿- 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗡𝟱 𝗠𝗮𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗼𝗻𝗴, 𝗞𝘂𝗱𝗮𝘁

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

29 Nov- Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah dijemput oleh YB Datuk Julita Mojungki bagi mengadakan taklimat mengenai penajaan Biasiswa kepada pelajar- pelajar sekolah menengah kawasan N5 Matunggong, Kudat yang diadakan pada 27 November 2023.

Taklimat ini bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 2 Kementerian Kewangan Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.

Taklimat mengenai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini disampaikan oleh Puan Samaliah Kahar. dan turut dihadir oleh YB. Datuk Julita Mojungki dan guru-guru di sekitar kawasan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain