24 APR - Taklimat Perkongsian Pintar dalam Program Latihan dan Pembelajaran Pengurusan Kewangan Melalui Debt Restructuring Counselling Agency (DRCA) telah berlangsung dengan jayanya pada 23 April 2024.
Program anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan ini, dihadiri oleh 90 orang peserta yang terdiri daripada warga JPANS dan bertempat di bilik kuliah, aras 12, blok A, Menara Kinabalu.
Sesi taklimat yang akan disampaikan adalah memberikan latihan dan bimbingan secara profesional tentang pengurusan kewangan kepada semua penjawat awam terutamanya kepada penjawat awam yang mengalami bebanan pelbagai isu pengurusan kewangan dan mengurangkan persepsi negatif masyarakat sejagat terhadap pengurusan kewangan yang negatif yang dialami oleh sebilangan kakitangan awam yang mempunyai keberhutangan yang tinggi sehingga menggangu emosi dan kerjaya mereka serta membebaskan diri mereka dari isu-isu keberhutangan serius dan blacklist.
Seminar dimulakan dengan pembentangan, Puan Candy Lau (DRCA Management (M) Sdn Bhd) dan penyerahan cenderahati kepada Penceramah di wakili oleh, Puan Nurul Iffah binti Ghulam Jelani (PPK BKP).
Sekian, terima kasih.