28 MEI - Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Zon Tengah Semenanjung Malaysia bersama Mahasiswa/i Sabah telah berlangsung dengan jayanya pada 25 April 2024, Sabtu, lepas.
Program tersebut melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Program yang berlangsung bermula 2.00 petang sehingga 5.30 petang di Hotel UiTM, Selangor itu bertujuan menyantuni anak-anak Sabah yang memerlukan bantuan pendidikan dan memantau hal ehwal pelajar tajaan BKNS.
Antara Pengisian program ialah sesi taklimat bantuan pendidikan oleh kerajaan negeri Sabah dan sesi dialog bersama ahli jawatankusa BKNS yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
Program ini telah dihadiri seramai 170 pelajar anak Sabah. Manakala Ahli jawatankuasa BKNS yang hadir ialah, YBhg. Datuk Norlija @ Norlijah binti Danin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Puan Bahiwata S. Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Pendidikan Yayasan Sabah, Ustaz Safruddin bin Manshuruddin
Wakil dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Encik Ahmad Sofi bin Awang Sofien Wakil dari Perbadanan Baitulmal.
Turut hadir Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah serta 3 orang pegawai BKNS sebagai urus setia program tersebut.
Sekian, terima kasih.


