10 JUL - Kursus Teknologi IoT anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) telah berlangsung dengan jayanya pada 26 sehingga 27 Jun 2024, lepas.
Kursus ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi dan bertempat di Makmal Teknologi Maklumat INSAN, Tingkat 1, Blok B, Wisma MUIS.
Objektif penganjuran kursus ialah bagi mendapat pemahaman yang mendalam tentang konsep asas, perkakasan, perisian, pengurusan data, rangkaian dan aplikasi IoT serta Mengintegrasikan teknologi moden seperti penderia, komunikasi dan pemprosesan komputasi di samping Mempelajari peranan IoT untuk transformasi industri.
Antara kandungan kursus termasuklah, Pengenalan kepada Aplikasi IoT dan Industri, Komponen Perkakasan, Pembangunan Perisian, Protokol dan Komunikasi, Integrasi Awan, Keselamatan dan Privasi serta Perbincangan Contoh Projek Maya.
Penceramah yang terlibat ialah
Assoc. Prof. Ir. Dr. Muralindran Mariappan - Robotics & Inteligent Systems Expert Lecturer, Universiti Malaysia Sabah dan En. Irwan Baharudzaman - Assistant Science Officer & Robotics Lead Trainer, Universiti Malaysia Sabah.
Sekian, terima Kasih.


