22 JUL - Sesi Libat Urus Strategik (LUS) ke Pejabat Daerah Putatan yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri bersama Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan Awam , Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah diadakan pada 17 Julai 2024, Rabu lepas.
Sesi Libat Urus strategik ini bertujuan untuk mendengar dan menyelesaikan isu-isu perkhidmatan dan perjawatan untuk pengukuhan struktur organisasi Pejabat Daerah Putatan. Selain itu, turut disentuh mengenai isu pembangunan dan pembasmian kemiskinan melalui program keusahawanan di daerah tersebut.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri juga turut memuji tindakan proaktif Pejabat Daerah Putatan dalam langkah awal menangani bencana alam banjir di Daerah Putatan.
Rombongan JPAN disantuni oleh Pengawai Daerah Putatan, Encik Masawi bin Hj Salleh bersama barisan pegawai pengurusan tertinggi Pejabat Daerah Putatan. Turut hadir, Puan Hajah Junaidah Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Nekmah binti Abdullah Pengarah Pembangunan Organisasi, Puan Aidah binti Awang, Pengarah Perkhidmatan Awam, Puan Maznah binti Maun, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Awam dan Puan Martina Jublee, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Organisasi.
Sekian, terima kasih.


