Majlis telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim dengan diiringi Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup Malaysia, Datuk Armizan bin Mohd Ali, serta dif-dif kehormat.
Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada penerima terdiri daripada anak-anak yatim, golongan asnaf, ibu tunggal, selain wakil rumah kebajikan, masjid dan surau terpilih.
Kira-kira 10,000 pengunjung dari pelbagai agama dan bangsa menghadiri majlis berbuka puasa ini yang bertemakan "MADANI Dihayati, Islam Dimaknai".
Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri sesi Taklimat Pembangunan Negeri Sabah Tahun 2025 yang sampaikan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri di Pejabat Daerah Tuaran yang turut dihadiri oleh kepimpinan negeri, pegawai kerajaan, serta wakil-wakil industri bagi membincangkan hala tuju pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Sabah.
Sementara menunggu berbuka puasa, para hadirin majlis turut diisi dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Sahibul Samahah Datuk Ustaz Haji Bongsu @ Aziz Bin Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
Majlis diakhiri dengan solat fardhu Maghrib berjemaah yang diadakan di Dewan Sri Sulaman.
Sekian, terima kasih


