Kandungan sedang dimuatkan...

𝘒𝘶𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘏𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮, 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘥𝘢𝘯𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

18 JUL – YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah menerima kunjungan hormat dari Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri di Bilik Mesyuarat Utama JPANS, Aras 14, Menara Kinabalu hari ini.

Rombongan diketuai oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, JPM ini adalah bertujuan untuk menjalin hubungan kerjasama baik selain berkongsi pandangan serta halatuju pengurusan aduan ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti dan cekap kepada rakyat di negeri ini.

Turut hadir Puan Celestina Aron, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penbangunan), Puan Aidah @ Idah binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan), Puan Samsakiah Jamil, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Puan Maznah Mohd Maun, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam JPANS.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain