Kandungan sedang dimuatkan...

𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘗𝘦𝘯𝘺𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘯𝘶𝘨𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘯𝘴𝘪𝘫𝘪𝘭𝘢𝘯 𝘚𝘪𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘦𝘱𝘢𝘥𝘶 (𝘐𝘔𝘚 𝘑𝘗𝘈𝘕) 𝘐𝘚𝘖 9001:2015 𝘚𝘪𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘒𝘶𝘢𝘭𝘪𝘵𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘐𝘚𝘖 37001:2025 𝘚𝘪𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘈𝘯𝘵𝘪-𝘙𝘢𝘴𝘶𝘢𝘩

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

📍Kota Kinabalu, 5 Julai 2026 – Sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2026 Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) yang berlangsung pada 3 Julai 2026 di Hotel Sheraton, Kota Kinabalu, turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Pensijilan Sistem Pengurusan Bersepadu (IMS JPAN) ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti dan ISO 37001:2025 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik George Gukak, Regional Manager NIOSH Certification selaku wakil rasmi NIOSH Certification kepada YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, disaksikan oleh YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

JPANS telah berjaya memperoleh pensijilan secara bersepadu sekali gus membuktikan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh sistem pengurusan kualiti serta melaksanakan tadbir urus yang berintegriti, telus dan bebas daripada rasuah.

Bersempena dengan kejayaan tersebut, setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, atas kepimpinan, komitmen dan usaha beliau yang telah memacu pelaksanaan IMS JPAN sehingga berjaya memperoleh pensijilan tersebut ketika menerajui JPANS sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.Kejayaan meraih pengiktirafan standard antarabangsa ini secara langsung membuktikan visi strategik, iltizam serta kepimpinan beliau dalam memperkukuh sistem pengurusan organisasi melalui amalan tadbir urus berintegriti tinggi serta pengurusan kualiti yang holistik.

Penyampaian anugerah tersebut turut disaksikan oleh pengurusan tertinggi JPAN iaitu Puan Aidah Haji Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Nekmah binti Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Celestina Aron, Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Herlinah binti Makanah, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat selaku urus setia pelaksanaan IMS JPAN, serta Puan Fridah binti Ramli, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2026 JPANS.

JPANS juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga jabatan atas dedikasi, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu (IMS JPAN). Kejayaan memperoleh pensijilan tersebut merupakan hasil usaha kolektif semua pihak dalam memastikan amalan pengurusan berkualiti dan sistem antirasuah dilaksanakan secara berkesan. Diharapkan pengiktirafan ini akan terus menjadi pemangkin kepada budaya kerja cemerlang serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam Negeri Sabah yang berkualiti, berintegriti dan berprestasi tinggi.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain