Kandungan sedang dimuatkan...

𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘈𝘯𝘶𝘨𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘊𝘦𝘮𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘛𝘢𝘩𝘶𝘯 2025 𝘥𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘑𝘢𝘴𝘢𝘮𝘶 𝘋𝘪𝘬𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘛𝘢𝘩𝘶𝘯 2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

📍Kota Kinabalu, 5 Julai 2026 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2026 Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah diadakan pada 3 Julai 2026 bertempat di Hotel Sheraton, Kota Kinabalu. Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada warga JPANS yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2025, di samping menghargai jasa dan sumbangan kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan persaraan pada tahun 2026. Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan tarian yang menyerlahkan suasana penghargaan serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Sistem Pengurusan Bersepadu (IMS JPAN) bersempena kejayaan JPANS memperoleh pensijilan ISO 9001:2015 dan ISO 37001:2025. Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, sebagai simbol penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan warga JPANS dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam membudayakan kecemerlangan, integriti dan penghargaan terhadap sumbangan seluruh warganya.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, bersama isteri, serta Pengarah-Pengarah Bahagian, pegawai-pegawai kanan serta seluruh warga JPANS. Kehadiran para tetamu kehormat dan warga jabatan mencerminkan sokongan padu terhadap usaha memperkasakan budaya kecemerlangan perkhidmatan awam, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dalam menghargai jasa, pengorbanan dan pencapaian warga JPANS.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain