Kandungan sedang dimuatkan...

Ucapan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Sempena Hari Pekerja 2021

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.

Sambutan Hari Pekerja tahun ini tidak dapat disambut seperti biasa, kerana kita masih berjuang memerangi penularan COVID-19.
Walau bagaimanapun, Saya yakin dengan kemampuan para petugas barisan hadapan, wabak ini akan dapat dibendung dari terus merebak. Setinggi-tinggi terima kasih kepada para petugas barisan hadapan kita.

Tidak dilupakan juga adalah tanggungjawab kita sebagai penjawat awam dalam membantu pihak kerajaan, dengan mengamalkan norma kerja baharu seiring dengan tema sambutan tahun ini iaitu Pembudayaan Norma Baharu Dalam Pekerjaan Sejagat.

Amalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu penjarakan sosial, sering membasuh tangan, memakai pelitup muka dan segera berjumpa doktor sekiranya bergejala.

Saya harap kita semua terus mendokong dan menjiwai cara kerja norma baharu dalam apa juga keadaan.

Akhir kata saya Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2021 kepada semua warga pekerja di Malaysia.

Sekian dan terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat

Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat

4 Zulhijah 1443
04:44
Imsak
04:54
Subuh
06:09
Syuruk
12:24
Zohor
15:49
Asar
18:35
Maghrib
19:51
Isyak

Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain