Tujuan utama persidangan ini diadakan adalah untuk memberi perkongsian ilmu mengenai pertimbangan menjaga keseimbangan kerjaya-kehidupan agar pelbagai tekanan yang dialami seharian dapat dikendalikan dengan efektif dan yang lebih penting menggunakan kaedah baru yang membolehkan pencapaian kadar kebahagiaan yang lebih tinggi.
Adalah diharapkan dengan adanya persidangan ini dapat menyedarkan penjawat awam agar dapat mentafsirkan stres dan seterusnya menguruskannya secara bijak yang membawa kepada kebahagian setiap individu yang hadir pada persidangan ini. Pihak penganjur juga mempunyai harapan besar agar penemuan dan kaedah baru yang dibentangkan dapat diaplikasikan di setiap organisasi di bawah kerajaan negeri dalam meningkatkan kualiti bekerja disamping mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta mesra kepada penjawat awam.
Masa | Aktiviti |
08.00 Pagi | Pendaftaran Peserta & Sarapan Pagi |
08.30 Pagi | Ketibaan YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku Bacaan Doa |
09.00 Pagi | Ucapan Amanat oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia |
10.30 Pagi | Minum Pagi |
11.00 Pagi | Sesi I : “Managing Work-Life Balance Using Psycho-Linguistics: The Language Of The Mind” Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Ninggal Universiti Teknologi Malaysia |
12.00 Tengahari | Sesi II : Keseimbangan Spiritual Dalam Kehidupan Hj. Mohd. Noor Ikhram bin Hussin Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia |
01.00 Petang | Rehat dan Makan Tengahari |
02.30 Petang | Sesi III : “Maintaining Work-Life Balance In The 21st Century” Dr. Rizal Abu Bakar Universiti Malaysia Sarawak |
03.30 Petang | SEFT Therapy Hj. Mohd. Noor Ikhram bin Hussin Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia |
05.00 Petang | Majlis dijangka selesai |
PROFESOR DATUK DR. MOHD. TAJUDIN NINGGAL merupakan seorang tokoh akademik dan psikologi kaunseling yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau merupakan Ahli Majlis Kaunselor Malaysia dan juga seorang Kaunselor Profesional Berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia. Di peringkat antarabangsa, beliau merupakan Ahli Lembaga Kaunselor Asia-Pasifik (APECA) dan Ahli Profesional Persatuan Kaunseling Amerika Syarikat (ACA) serta Persatuan Psikologi Kaunseling England (BACP). Beliau mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam bidang kaunseling dan psikoterapi serta mendapat Ijazah PhD dan Sarjana dalam bidang Psikologi Kaunseling dari Western Michigan University, Amerika Syarikat. |
DR. RIZAL ABU BAKAR merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak. Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi Klinikal dari Australian National University (ANU), Australia. Beliau pernah berkhidmat sebagai pakar psikologi di beberapa hospital dan universiti di Australia dan bergiat aktif sebagai pakar psikologi selama 21 tahun. Beliau pernah berkhidmat di luar negara sebagai pakar psikologi selama beberapa tahun di antaranya di Cardinia Casey Community Mental Health (Melbourne Australia), Minaret College (Melbourne Australia), Victoria University (Melbourne Australia), Goulburn Valley Health (Melbourne Australia) dan fello di St. Vincent Hospital (Melbourne Australia). |
HJ. MOHD. NOOR IKHRAM B. HUSIN merupakan Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sejak tahun 2015. Beliau amat terkenal sebagai penyampai dan panel rancangan di beberapa stesen televisyen dan radio di Malaysia. Beliau pernah dan hingga kini mengendalikan beberapa slot di radio IKIM.FM di samping turut menjadi panel rancangan ‘Seruan Haji’ yang ditayangkan di RTM 1 pada tahun 2017. Beliau juga bergiat aktif sebagai panel rancangan di beberapa stesen televisyen kerohanian seperti Astro Oasis dan Al-Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum, Ummi dan Abi, Tazkirah Malam Jumaat dan Tabayyun. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang bimbingan dan kaunseling dan turut terlibat dalam mengendalikan intervensi kaunseling kes kehilangan MH370 dari 8 Mac 2014 hingga kini, MH17 pada tahun 2014 hingga 2015 dan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 hingga 2015. |