Tarikh: 7 November 2017
Lokasi: Institut Perhutanan Sabah, Telupid
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah mengadakan Majlis Sekalung Budi, Seikhlas Penghargaan bagi Pantai Barat Utara (Daerah Telupid-Ranau-Tongod) yang diadakan di dewan serbaguna, Institut Perhutanan Sabah. Majlis dimulai dengan ucapan oleh wakil pesara Dr. Sining Unchi, iaitu mantan pegawai penyelidik dari Jabatan Perhutanan Negeri Sabah kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Nordin Siman, Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Antara pengisian program pada majlis tersebut adalah dengan taklimat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diikuti dengan majlis mendatangani dokumen integriti, penyampaian anugerah kecemerlangan perkhidmatan peringkat daerah dan penyampaian cenderakenangan kepada semua pesara. Disamping, itu kaunter pertanyaan juga telah dibuka oleh Bahagian Biasiswa dan Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk mendekati rakyat setempat.