Apakah syarat-syarat berkaitan umur yang terpakai untuk pelantikan seseorang pegawai ke dalam perkhidmatan?

Jika dalam sesuatu skim perkhidmatan atau iklan kekosongan jawatan ada disebutkan tentang umur, maka umur yang dimaksudkan ialah umur pada ulang tahun hari jadi mengikut kalendar Gregorian.

Pada menentukan umur itu, jika hanya bulannya sahaja yang diketahui maka tarikh lahir seseorang hendaklah dianggap sebagai jatuh pada hari terakhir dalam bulan itu, dan jika tahunnya sahaja diketahui, maka tarikh lahir itu hendaklah dianggap sebagai jatuh pada 31 Disember dalam tahun itu.

Jika tarikh lahir seseorang itu ialah pada 29 Februari, maka ulang tahun hari jadinya ialah 1 Mac bagi tahun-tahun yang bukan tahun lompat.
pada Isnin Januari 15 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?