Soalan-soalan lazim ini adalah berpandukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008, Bahagian II, Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan.
Tafsiran
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain -
"Jabatan" termasuk mana-mana Kementerian atau Jabatan;
"Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Kementerian atau Jabatan" ertinya suatu Jawatankuasa yang ditetapkan melalui pekeliling perkhidmatan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat seseorang pegawai;
"kenaikan pangkat" ertinya kenaikan dari satu gred ke gred yang lebih tinggi secara hakiki dalam satu skim perkhidmatan yang sama;
"kerajaan" ertinya Kerajaan Negeri Sabah;
"Ketua Jabatan" ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu Jabatan atau Ketua Perkhidmaan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
"pegawai" ertinya semua kategori pegawai yang sedang berkhidmatan yang dilantik oleh Suruhanjaya;
"pegawai yang sedang berkhidmat" ertinya pegawai dalam percubaan, pegawai sementara, pegawai dalam pertukaran sementara atau pinjaman dan pegawai kontrak;
"perkhidmatan gunasama" ertinya apa-apa perkhidmatan yang diisytiharkan sedemikian oleh Setiausaha Kerajaan Negeri;
"pelantikan" ertinya pelantikan ke dalam perkhidmatan awam Negeri oleh Suruhanjaya termasuklah pelantikan kali pertama dan pelantikan seorang pegawai yang sedang berkhidmat di dalam mana-mana skim perkhidmatan;
"Suruhanjaya" ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri yang ditubuhkan di bawah Perkara 36 Perlembagaan Negeri Sabah.
Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.
Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.
Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.
Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.
Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.
Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.