Apakah yang akan berlaku jika seseorang pegawai yang sudah disahkan dalam jawatan asalnya tetapi apabila dilantik ke satu jawatan baru telah gagal untuk mendapatkan pengesahan dalam jawatan tersebut?

Jika seseorang pegawai yang sudah disahkan dalam jawatan asalnya tetapi apabila dilantik ke satu jawatan baru telah gagal untuk mendapatkan pengesahan dalam jawatan tersebut, boleh dibenarkan oleh Suruhanjaya untuk memegang kembali jawatan asalnya atau apa-apa jawatan lain yang serupa, dengan syarat bahawa ada kekosongan dalam jawatan tersebut dan bahawa kegagalannya uintuk mendapatkan pengesahan itu bukanlah kerana kelakuan yang tidak memuaskan.

Seseorang yang telah dibenarkan memegang kembali jawatan asalnya sedemikian akan dibenarkan menerima gaji yang patut diterimanya sekiranya dia tidak dilantik ke jawatan lain itu.
pada Isnin Januari 15 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?