28 MEI - Sesi Libat Urus Strategik (LUS) ke Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri bersama Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada 27 Mei 2024, Isnin, lepas.
Sesi Libat Urus ini diadakan bagi mendengar dan menyelesaikan isu-isu perjawatan dan perkhidmatan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur yang perlu diambil perhatian oleh pihak JPAN.
Turut hadir sama, Puan Hajah Junaidah Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Nekmah binti Abdullah Pengarah Pembangunan Organisasi, Puan Aidah binti Awang, Pengarah Perkhidmatan Awam dan Puan Maznah binti Maun, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Awam.
Sekian, terima kasih.