Kandungan sedang dimuatkan...

𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘙𝘰𝘢𝘥𝘴𝘩𝘰𝘸 𝘉𝘪𝘢𝘴𝘪𝘴𝘸𝘢 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘡𝘰𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩 𝘚𝘦𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

28 MEI - Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Zon Tengah Semenanjung Malaysia bersama Mahasiswa/i Sabah telah berlangsung dengan jayanya pada 26 April 2024, Ahad, lepas.

Program tersebut melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor

Program yang berlangsung bermula 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain, UKM, Selangor itu bertujuan menyantuni anak-anak Sabah yang memerlukan bantuan pendidikan dan memantau hal ehwal pelajar tajaan BKNS.

Antara Pengisian program ialah sesi taklimat bantuan pendidikan oleh kerajaan negeri Sabah dan sesi dialog bersama ahli jawatankusa BKNS yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.

Program ini telah dihadiri seramai 130 pelajar anak Sabah. Manakala Ahli jawatankuasa BKNS yang hadir adalah YBhg. Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBhg. Datuk Norlija @ Norlijah binti Danin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Puan Bahiwata S. Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Pendidikan Yayasan Sabah, Ustaz Safruddin bin Manshuruddin Wakil dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Encik Ahmad Sofi bin Awang Sofien Wakil dari Perbadanan Baitulmal.

Turut hadir Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah serta 3 orang pegawai BKNS sebagai urus setia program tersebut.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain