Kandungan sedang dimuatkan...

𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘓𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘢𝘯𝘥𝘢𝘢𝘳𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘬𝘦 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘴𝘢𝘴𝘪, 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

28 MEI - Bahagian Pembangunan Organisasi , Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah mengadakan Program Lawatan Penandaarasan ke Bahagian Perjawatan dan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 27 Mei 2024, Isnin, lepas.

Tujuan pogram ini adalah bagi membincangkan beberapa perkara melibatkan isu-isu perjawatan Kerajaan Negeri yang perlu diambil perhatian untuk mengukuh dan menambahbaik struktur perjawatan agensi-agensi Kerajaan Negeri.

Turut hadir menerima kunjungan ini adalah Encik Mohd Nazri bin Dollah , Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA Malaysia, beberapa pegawai dari Bahagian Perkhidmatan, Bahagian Saraan dan Bahagian Dasar JPA Malaysia. Rombongan JPAN ini juga turut dihadiri oleh Puan Hajah Junaidah Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Nekmah binti Abdullah
Pengarah Pembangunan Organisasi, Puan Aidah binti Awang, Pengarah Perkhidmatan Awam dan Puan Maznah binti Maun, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Awam.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain