Kandungan sedang dimuatkan...

𝘒𝘶𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘏𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘜𝘯𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘪 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘯𝘨𝘰𝘳 (𝘜𝘐𝘚)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Islam Selangor (UIS) di Smart Library, Tingkat 14, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri pada Selasa (4JUN).

Kunjungan diketuai oleh YBhg. Dato Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor UIS. Hadir sama dari pihak UIS, Dr Abdul Razif bin Zaini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Puan Rohaiza binti Mat Noh, Penasihat Undang-Undang, Dr Salman bin Zainal Abidin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Puan Faridah Sabli.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk menjalin kerjasama antara JPANS dan pihak UIS bagi meneroka peluang penajaan sekaligus mewujudkan kolaborasi program-program pembangunan akademik untuk kemajuan prestasi pelajar UIS.

Turut hadir, Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Tuan Haji Nordin Lossin, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat, Puan Salina Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti, Puan Doria Tai Yun Tyng, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Dr Cleopatra @ Claire Asing, Pengarah Bahagian Institut Latihan Sektor Awam Negeri, Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Negeri dan Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.


Sekian, terima kasih.

Foto & Laporan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain