Soalan Lazim

Cuti kerana Bencana Alam

Rujukan berkaitan

  1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008, Perkara 188 (1 & 2)
  2. Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 1/1987

Ya, seorang pegawai yang tidak hadir ke pejabat atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, malapetaka-malapetaka lain dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa, boleh diberi cuti tanpa rekod.

Rujukan: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008, Perkara 188 (1 & 2)
pada Khamis Ogos 17 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Sesuatu bencana atau kemalangan yang berlaku ke atas pegawai atau ke atas harta bendanya, maka kejadian itu disifatkan sebagai kecemasan peribadi dan jikalau pegawai itu tidak hadir bekerja, hendaklah ia mendapat kebenaran cuti daripada Ketua Jabatannya.

Rujukan:  Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.1/1987,  Perenggan 3.4
pada Khamis Ogos 17 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.