Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan Skim Sangkutan Latihan (SSL) untuk pelajar lepasan Diploma dan Ijazah kini boleh disemak melalui portal SSL dengan melayari pautan http://appjpan.sabah.gov.my/ssl/

Makluman Buat Calon Yang Berjaya
Program ini akan bermula pada 01 Mac 2018 dan calon yang berjaya adalah dikehendaki untuk mengemukakan salinan dokumen berikut dengan segera :-
  1. Salinan Kad Pengenalan (muka depan & belakang);
  2. Salinan surat beranak;
  3. Salinan Kad Pengenalan & surat beranak (ibubapa); dan
  4. Salinan Sijil-sijil Akademik – SPM dan Diploma/Ijazah beserta Transkrip
Salinan dokumen tersebut hendaklah dikemukakan pada/sebelum 15 Februari 2018 kepada :

Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Tingkat 5,
Wisma Perindustrian Jalan Istiadat Likas
88400 KOTA KINABALU (U/p: Urus Setia SSL)
( Fax : 088-269254 atau email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

Kelewatan mengemukakan dokumen anda akan menyebabkan pemilihan anda terbatal.