Kandungan sedang dimuatkan...

Pencalonan Bagi Mengikuti Program Latihan Dalam Perkhidmatan Ke Luar Negara (United Kingdom, Jepun Dan Australia) Tahun 2018

Selaras dengan galakan YAB Ketua Menteri Sabah supaya pegawai-pegawai diberi peluang meningkatkan kapasiti dan kompetensi, sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri ingin mempelawa YBhg. Datuk/Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada Kementerian/Jabatan/Agensi YBhg. Datuk/Tuan/Puan untuk mengikuti Program Latihan Dalam Perkhidmatan Ke Luar Negara. Butiran program-program ini adalah seperti berikut:-

Bil. Tajuk Tarikh Gred Tarikh Tutup Permohonan
i. Oxford Leadership 4.0L Immersive Learning Lab, University of Oxford, United Kingdom Awal Januari 2019 54/JUSA  01 November 2018
 ii. Building A High Performance Organisation Culture, Tokyo, Jepun 04-10 November 2018 52  15 Oktober 2018
 iii. Strategic Leadership, Perth, Australia 12-17 November 2018 48  15 Oktober 2018

1. Tujuan Program

Tujuan program-program latihan luar negara ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai kerajaan mendapat pengetahuan dan kepakaran berkaitan dengan kepimpinan dan budaya organisasi berprestasi tinggi.

2. Syarat-Syarat Pencalonan
Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut:
  1. Berumur tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari 2018
  2. Pegawai-pegawai Kerajaan dalam pelbagai skim perkhidmatan mengikut gred jawatan yang dinyatakan
3. Kemudahan
Jabatan ini akan membiayai semua perbelanjaan kursus termasuk yuran kursus dan tiket penerbangan. Pegawai yang terpilih untuk mengikuti program ini layak dibayar elaun-elaun dan kemudahan mengikut kelayakan Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus di bawah Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 6/2013.

4. Tatacara Permohonan/Pencalonan

4.1. Tanggungjawab Pegawai
  4.1.1 Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan yang disertakan.
  4.1.2 Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama-sama dokumen berikut:
  1. Borang JPAN/LDP 1/2018 (Lampiran A)
  2. Salinan Senarai Kursus yang pernah dihadiri dalam tempoh 3 tahun (cetakan daripada SM2) dan
  3. Salinan Senarai Tugas
  4.1.3 Permohonan yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan seta tidak memenuhi syarat kelayakan tidak akan diproses.
4.2 Tanggungjawab Ketua Jabatan
  4.2.1 Ketua Jabatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.
  4.2.2 Semua pencalonan hendaklah diperakukan dengan menggunakan borang JPAN/LDP 1/2018 (lampiran A). Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua Jabatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen pada Perenggan 4.1.2.

5. Penghantaran Permohonan dan Pertanyaan
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan ini melalui alamat:

Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Tingkat 5, Wisma Perindustrian
88400 KOTA KINABALU

Sebarang pertanyaan dalam urusan ini, sila hubungi:

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Bahagian Pengurusan Kompetensi
Tel: 088 260161 ext. 166
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2018.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain