Kandungan sedang dimuatkan...

Iklan Biasiswa Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2019

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dan melepasi syarat-syarat asas dan syarat khusus pengajian adalah dijemput untuk memohon Biasiswa Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2019.

Syarat Asas Permohonan Biasiswa

SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN

Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Pegawai Kerajaan Negeri Sabah
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa tarikh tutup permohonan
  • Lantikan Tetap dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
  • Telah mendapat surat tawaran daripada pihak universiti
  • Berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Sabah sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
  • Mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan
  • Kursus bersesuaian dengan bidang tugas dan menyumbang kepada pembangunan Negeri Sabah
  • Mencapai sekurang-kurangnya 85% Penilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh 3 tahun yang terkini
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik
  • Bebas daripada tindakan tatatertib, pertuduhan dan dakwaan mahkamah

Ijazah Sarjana Muda

SARJANA MUDA
• Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
• Tidak melebihi 35 tahun
• Terbuka kepada semua gred
• Pengajian sepenuh masa di dalam atau luar negara
• Biasiswa untuk pengajian sepenuh masa di luar negara adalah bergaji penuh
• Biasiswa untuk pengajian sepenuh masa di dalam negara adalah tanpa gaji

Sarjana

SARJANA
• Memiliki Ijazah Sarjana Muda
• Tidak melebihi 40 tahun
• Pegawai Gred 41 dan ke atas
• Pengajian sepenuh masa di dalam atau luar negara
• Biasiswa untuk pengajian sepenuh masa di dalam dan luar negara adalah bergaji penuh

Doktor Falsafah

DOKTOR FALSAFAH
• Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana
• Tidak melebihi 45 tahun
• Pegawai Gred 41 dan ke atas
• Pengajian sepenuh masa di dalam atau luar negara
• Biasiswa untuk pengajian sepenuh masa di dalam dan luar negara adalah bergaji penuh


Permohonan
  1. Permohonan telah dibuka dan pemohon hendaklah memohon secara atas talian atau 'online' melalui pautan http://biasiswapans.sabah.gov.my atau dengan klik di sini.
  2. Tarikh tutup permohonan adalah selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Julai 2019.

Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut hendaklah diajukan kepada Bahagian Biasiswa dan Latihan Dalam Perkhidmatan di talian 088 368600/368601.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain