Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 Siri 1/2018

Tarikh: 9 Januari 2018
Lokasi: Bilik Transformasi, Tingkat 1, Wisma Perindustrian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 siri 1/2018 telah diadakan pada 9 Januari 2018 bertempat di Bilik Transformasi, Tingkat 1, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Diyanah Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Korporat dan turut hadir bersama ialah Encik Mohamad Hj. Osup, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.