Transformasi Pengurusan Sumber Manusia Harus Selari Perkembangan Teknologi

01 Oktober 2019, Kota Kinabalu: Transformasi penjawat awam dan agensi kerajaan khususnya Pengurusan Sumber Manusia (PSM) perlu dilaksanakan seiring dengan peredaran serta perkembangan teknologi masa kini.

psm 3

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) Datuk Datu Rosmadi Sulai berkata, perubahan itu penting bagi memastikan perkhidmatan awam selaku tunggak utama pembangunan negara dapat mengatasi setiap kekangan mahupun cabaran dalam Revolusi Industri 4.0 (RI4.0).

“PSM perlu pastikan sistem pengurusan dalam dan luar pejabat berkualiti, kerana di luar sana ada lagi pesaing yang turut menyediakan perkhidmatan sama kepada rakyat.
Jadi, penambahbaikan serta pembaharuan hendaklah dibuat secara berpusat dan kita perlu tengok sama ada modul itu masih releven atau tidak mengikut peredaran masa supaya kita tidak ketinggalan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Pengurus Sumber Manusia (PSM) Siri 1/2019, di sini baru-baru ini.

Rosmadi berkata, setiap jabatan mahupun agensi kerajaan perlu mempunyai perancangan dan visi yang jelas bagi memastikan pengurusan dibuat secara sistematik dan berkesan.

Katanya, ia termasuklah meningkatkan kualiti kerja dari semasa ke semasa dalam kalangan pekerja dibawah jagaan PSM masing- masing.

“Peranan ini adalah tanggungjawab PSM untuk membimbing sesama mereka agar saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

“PSM juga perlu jadi teladan yang baik untuk menjadi contoh kepada pekerja bawahan di lapangan mahupun pejabat,” katanya.
psm 4
Selain itu, beliau menggesa warga PSM supaya turun padang menyebar dan mempromosi idea, serta menyelesaikan isu berkaitan komuniti setempat.

Katanya, ia bagi melahirkan pegawai PSM yang mempunyai kesiapsiagaan dalam mencipta inisiatif serta penambahbaikan baharu.

“Komitmen hendaklah mengatasi kepentingan diri dengan menanam sifat sentiasa memberi khidmat kepada pelanggan walaupun menjawat jawatan di peringkat atasan.
psm 2Rosmadi (tengah) bersama barisan speaker sempena persidangan berkenaan.

“PSM juga harus peka dengan keadaan sekeliling dengan mendengar rintihan masyarakat dan bukannya individu agar melahirkan kumpulan kerja yang jujur dan berintegriti,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 87 pegawai PSM seluruh Sabah menyertai persidangan berkenaan.

psm 1
Rosmadi (tengah) bergambar bersama semua Pengurus Sumber Manusia yang hadir, turut kelihatan Mohamad (kiri) dan Josie (kanan).

Dalam persidangan itu, tiga sesi forum dibentangkan mengenai topik pemodenan sistem kerja bayaran gaji dan elaun, pemantapan sahsiah dan integriti, dan kompetensi teras pengupayaan pegawai berprestasi tinggi.
Selain itu, mesyuarat PSM turut diadakan dengan membincangkan topik berkaitan Pelan Anti Rasuah Kebangsaan, penarafan bintang sistem maklumat sumber manusia, pelaksanaan dasar pemisah dan isu PSM.

Program itu diadakan untuk memperkukuhkan kerjasama sesama PSM, meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengurus sumber manusia, memberi motivasi kepada PSM untuk terus komited menggalas tugas dan mencari jalan penyelesaian mengenai isu serta cabaran pengurusan dalam perkhidmatan awam negeri.

Turut hadir dalam program itu adalah Timbalan Pengarah JPANS (Pengurusan) Mohamad Osup dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) Josie Lai Mei Sing serta barisan Ketua Penolong Pengarah (KPP).
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah