Kandungan sedang dimuatkan...

Warga Perkhidmatan Awam Memperkasa Agenda Vaksinasi COVID-19

Warga Perkhidmatan Awam Memperkasa Agenda Vaksinasi COVID-19

Warga perkhidmatan awam selaku jentera kerajaan, berperanan dalam membantu memperkasakan agenda pemberian vaksinasi COVID-19 di negeri ini.
Sehubungan itu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah diperluas di seluruh Sabah bagi memastikan agenda kerajaan dalam merealisasikan imuniti kelompok tercapai sebelum penghujung tahun ini.

Pada 13 Jun 2021 (Ahad), satu lagi PPV bagi Program Imunisasi COVID-19 telah dibuka di Ballroom Wisma Wanita yang melibatkan kolaborasi di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi mempercepatkan penyaluran pemberian vaksinasi kepada penjawat awam.

Dianggarkan sebanyak 500 dos vaksin dikeluarkan setiap hari untuk diberikan kepada penjawat awam yang melibatkan warga kementerian, jabatan serta badan-badan berkanun.
Usaha ini selaras dengan peranan penjawat awam itu sendiri sebagai frontliners, selain melaksanakan pengurusan bencana COVID-19 dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membendung penularan COVID-19.

Pada hari pertama pembukaan PPV di Wisma Wanita, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, hadir meninjau pemberian vaksinasi kepada 72 orang penjawat awam yang akan bertugas di lapangan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Sektor Pembangunan), YBrs. Puan Josie Lai Mei Sing, pengarah- pengarah bahagian, serta pegawai dari KKM dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS).
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain