Kandungan sedang dimuatkan...

Penjawat Awam Jayakan Program Imunisasi COVID-19

Penjawat Awam Jayakan Program Imunisasi COVID-19

Program Imunisasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Wanita yang bermula 13 Jun lalu, terus mendapat sambutan cukup baik daripada penjawat awam di negeri ini.
Pada 19 Jun 2021 (Sabtu), seramai 400 penjawat awam hadir menerima suntikan vaksin seawal jam 8:00 pagi bertempat di pusat berkenaan.

150 orang penerima vaksin adalah terdiri dari warga Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFi), manakala, selebihnya dari persekutuan serta jabatan-jabatan berkaitan.
Turut hadir meninjau pemberian suntikan vaksin adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) YBhg. Datuk Hajah Masnah Matsalleh dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, YBhg. Datuk Dr. Mariana Tinggal.

MAFi turut mengagihkan sedikit sumbangan kepada petugas-petugas PPV Wisma Wanita.
Hal ini menunjukkan bahawa penjawat awam sentiasa bersedia menggalas peranan sebagai barisan hadapan kepada kerajaan, terutama dalam meyakinkan masyarakat untuk mendaftar serta menerima suntikan vaksin.

Maklumat tepat dan jelas dari penjawat awam amat penting untuk dikongsikan kepada masyarakat, terutama ahli keluarga terdekat mengenai vaksin COVID-19.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain