Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2021

Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melancarkan Bulan Kebangsaan 2021 dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah di Dewan Bankuasi, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, pada Isnin lepas.

Ketika menyampaikan ucapan, YAB Ketua Menteri meminta seluruh rakyat supaya bersatu dalam menghadapi cabaran terutama dalam memerangi pandemik Covid-19.
Katanya, bulan kebangsaan seharusnya menjadi platform bersama bagi membentuk kekuatan untuk memajukan negara khususnya di negeri Sabah.

Kempen yang akan digerakkan ke seluruh daerah di Negeri Sabah ini membawa nilai dan makna untuk rakyat menghayati dan menghargai kemerdekaan yang dikecapi bersama sebagai sebuah negara Malaysia dan seterusnya memeriahkan bulan kebangsaan dengan kibaran Jalur Gemilang.

Lebih 20,000 Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah diedarkan kepada orang ramai dan sektor swasta sempena meraikan Bulan Kebangsaan.

Turut hadir pada majlis itu, Speaker DUN Sabah, YB Datuk Kadzim Hj M.Yahya, Timbalan Ketua Menteri II, YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri III , YB Datuk Dr Joachim Gunsalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan , YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, YB Datuk Seri Panglima Sr. Hj Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, serta barisan Menteri Kabinet Negeri Sabah.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain