Kandungan sedang dimuatkan...

YBhg. Datuk KPPAN hadir Majlis Perasmian Hari Integriti SESB 2021

YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri yang juga merupakan Ahli Lembaga Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah menghadiri Majlis Perasmian Hari Integriti SESB 2021 dan Pelancaran Buku Pelan Antirasuah SESB 2021-2025 di Sabah International Convention Centre (SICC) pada jam 8 pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, YBhg. Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah diikuti dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh pegawai dan kakitangan SESB secara fizikal dan maya yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif SESB seterusnya menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Sabah.

Pada majlis itu juga, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad / Sabah Electricity Sdn. Bhd, YB Dato' Sri Hasan Ariffin telah melancarkan Buku Pelan Antirasuah SESB 2021-2025 secara maya dan gimik serahan buku dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB, YBhg. Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid kepada Pengarah SPRM Sabah.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain