Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Sistem Bekalan Air Tanjung Labian dan Surat Projek Naik Taraf Jalan Raya Berungis, Tuaran

YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Sistem Bekalan Air Tanjung Labian dan Surat Projek Naik Taraf Jalan Raya Berungis, Tuaran yang berlangsung di Dewan Bankuasi, Aras 3, Menara Kinabalu pada 13 Disember 2021 (Isnin).

Upacara penyerahan Projek Loji Rawatan Air Tanjung Labian disampaikan oleh YBhg. Mahadzir bin Mustaffa, Timbalan Pengarah Besar, Servis Korporat FELDA kepada YBrs. Tuan Ir Edward Lingkapo, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.

Sementara itu, upacara penyerahan surat Projek Naik Taraf Jalan Raya Berungis, Tuaran disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah YBhg. Datuk Mohd Jasmin bin Julpin.
Hadir sama pada majlis itu, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Dato' Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Dr. Zulkapli bin Mohamed, Setiausaha Persekutuan Sabah, dan YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi bin Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
 
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain