Kandungan sedang dimuatkan...

Persidangan Mini " Masa Depan Kita" Disertai Lebih 200 Peserta

Persidangan Mini “Masa Depan Kita” telah berlangsung dengan jayanya di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 28 Disember 2021 (Selasa).

Lebih 200 peserta menghadiri persidangan berkenaan yang dihoskan oleh pengacara sensasi iaitu Farish Aziz bersama Amy Dangin atau lebih dikenali dengan panggilan Aunty Patrin.

Persidangan dimulakan dengan perkongsian topik dalam slot pertama mengenai “Khazanah Negeri – Masa Depan Kita” oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Kemudian, slot kedua disampaikan oleh Graduan UiTM Sabah yang pertama menerima gelaran Profesor iaitu Prof. Ts. Dr Imbarine Bujang dengan perkongsian topik mengenai “Our Preparedness To Economic Recovery”.

Seterusnya, slot ketiga disampaikan oleh Dr Dhesi Raja, Penasihat Mitsubishi Centre of Global Health Architecture 2021, diikuti dengan slot keempat bertajuk “Journey Of Accomplishment” oleh Datuk Dr Jamili Nais, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Seusai sesi rehat, persidangan diteruskan dengan perkongsian topik mengenai “The Empowered Generation” oleh Nadiah Wan dari TMC Life Sciences, diikuti topik “The Magic of Technology “ oleh Raja Azmi Adam, Pengarah Jualan Sektor Awam Malaysia dan Pasaran Baru Asia Tenggara, Google Malaysia dan perkongsian topik terakhir mengenai “Youth Power” oleh Mohammad Fauzi Acho, Felo Parlimen Malaysia 2021.

Persidangan melabuhkan tirai dengan aktiviti makan malam “Cocktail” serta Persembahan Live Band.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain