Kandungan sedang dimuatkan...

Mesyuarat Khas Pasukan Petugas Pengurusan Bencana Banjir Monsun Timur Laut

YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, hari ini telah menghadiri Mesyuarat Khas Pasukan Petugas Pengurusan Bencana Banjir Monsun Timur Laut yang diadakan secara maya di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah, Sri Gaya, pada 3 Januari 2022 (Isnin).

Turut hadir, YB. Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, dan YBhg. Datuk Hj Ag Shahminan Datuk Hj Ag Sahari, Pengarah Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri.

Pada mesyuarat khas itu, Ketua Menteri turut memberi taklimat kepada Perdana Menteri yang juga pengerusi mesyuarat, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan status enam daerah yang terjejas banjir iaitu Kota Marudu, Pitas, Paitan, Ranau, Sandakan dan Telupid.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa bantuan kewangan untuk mangsa banjir di Sabah akan disalurkan dengan segera.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain