YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas 2, Pitas dan di Dataran Bandau, Kota Marudu pada 5 Januari 2022 (Rabu).
Di Pitas, Ketua Menteri menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 dan bakul makanan kepada seramai 94 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir.
Manakala, di Kota Marudu, bantuan wang ihsan RM1,000 dan bakul makanan kepada 132 KIR mangsa banjir.
Turut hadir, YB Datuk Shahelmy Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, YB Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, JP, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.