Majlis ini merupakan salah satu acara pengisian sempena pengnjuran SIBES bagi meraikan kedatangan duta-duta negara luar yang menyertai persidangan itu, selama dua hari bermula Isnin lepas.
Selain menikmati pelbagai juadah makanan yang terhidang sepanjang majlis, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian serta tarian berkonsepkan Sabahan daripada Artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Turut hadir, YB Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, serta beberapa Kabinet Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong,JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.


