Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis Menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU), antara Kerajaan Negeri, Yayasan Sabah dan Pelabur sempena SIBES 2022

Majlis menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri, Yayasan Sabah dan para pelabur sempena Sabah International Business and Economic Summit (SIBES) 2022, telah berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Upacara menandatangani MoU disaksikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

MoU pertama melibatkan antara Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah dengan BorneoMed Sdn. Bhd. bagi membangunkan Integrated Herbal Plantation (SIHP) dengan pelaburan bernilai RM350 juta.

MoU kedua menyaksikan antara Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah (MID) dan pelabur dari China-SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd. bagi membangunkan kilang memproses pasir silica dan menghasilkan panel solar dengan nilai pelaburan permulaan sebanyak RM2 billion.

Manakala, MoU ketiga melibatkan antara Yayasan Sabah dengan Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd. bagi pembangunan Pavilion Harbour City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2 bilion.

Hadir sama, YB Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, serta beberapa Kabinet Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain