Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Bersama YAB Ketua Menteri berlangsung dengan jayanya

Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Bersama YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, telah berlangsung dengan jayanya di Sabah International Convention Centre (SICC), pagi tadi.

Seramai lebih kurang 700 pegawai serta kakitangan awam dari pelbagai kementerian persekutuan dan negeri, hadir pada majlis berkenaan.

Selain merasmikan majlis, YAB Ketua Menteri turut menyampaikan amanat tahunan serta pemakluman dan pelancaran inisiatif daripada pelbagai kementerian.

Antara kementerian yang terlibat adalah seperti Kementerian Pembangunan Perindustrian, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pertanian dan Perikanan, Kementerian Kewangan, serta Jabatan Ketua Menteri.

Turut hadir, YB Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, JP, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Menteri-Menteri Negeri dan Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai,JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, barisan Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, serta Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain