Kandungan sedang dimuatkan...

Rombongan JPAN adakan lawatan kerja di Kudat

Rombongan dari Jabatan Perkidmatan Awam Negeri yang diketuai oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah Kudat dan Pejabat Daerah Kecil Matunggong pada petang Jumaat.

Setibanya di Pejabat Daerah Kudat, rombongan disambut oleh Tuan Haji Bakri Nanun, Pegawai Daerah Kudat bersama kakitangan pejabat daerah berkenaan.

Manakala di Matunggong, Tuan Willey Lampaki, Penolong Pegawai Daerah Kecil bersama kakitangan menyambut rombongan yang hadir.

Lawatan kerja ini diadakan bertujuan memantau pelaksanaan dan menyampaikan taklimat tentang keberkesanan penggunaan Sistem Perakam Kehadiran Biometrik (faceprint), sekaligus mendengar isu-isu perkhidmatan di kedua-dua premis kerajaan tersebut.

Turut bersama dalam lawatan kerja ini, Tuan Mohammad Effendi Jamaludin, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Diana Daria Amir, Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen, Puan Mary Paul Mijong Dagul, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Tuan Hazaidi Awang Japilan, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Siti Zarith Sofia Ag Mohd Hussin, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan, dan Tuan Malcolm Abidin Madingkir, Pegawai Teknologi Maklumat, JPKN.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain