Projek penanaman kelapa berpenghasilan tinggi ini melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM400 juta dengan keluasan 2,000 hektar.
Dalam satu kenyataan Ketua Menteri, Kerajaan Negeri memegang 30 peratus kepentingan dalam projek yang dikendalikan syarikat tempatan dari Selangor, Linaco Resources Sdn Bhd ini.
Katanya, projek yang dilaksanakan menerusi inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) ini dijangka akan menyumbang kira-kira RM1.2 bilion setahun kepada ekonomi Sabah.
Apabila beroperasi sepenuhnya pada 2026, projek ini juga akan menyumbang kepada kewujudan 4,400 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Justeru, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan yang ada sekarang akan terus melaksanakan agenda pembangunan khususnya sektor pertanian yang menjadi antara tiga bidang yang diberi tumpuan dalam SMJ.
Hadir sama, YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Panglima Sr. Datuk Safar Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.


