Kandungan sedang dimuatkan...

Kejohanan Golf Amal sempena Minggu SMJ-SOGIP 2022

Kejohanan Golf Amal merupakan salah satu pengisian Minggu SMJ-SOGIP 2022 dalam meraikan ulang tahun pertama Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ).

Acara ini telah diadakan kelmarin di Nexus Karambunai seawal jam 7 pagi.

Objektif penganjuran adalah bagi mengumpul dana amal untuk disalurkan kepada beberapa badan kebajikan yang memerlukan seperti Persatuan Thalassemia Sabah cawangan Sipitang, Persatuan Pemikir Rakyat Sabah dan Pertubuhan Bagi Orang Buta Sabah.

Antara tetamu kehormat yang turut serta dalam kejohanan ini ialah YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri serta YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai,JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.

Terdahulu, Minggu SMJ-SOGIP 2022 yang berlangsung bermula 24 hingga 29 Mac ini turut diisi dengan acara lain seperti Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara SOGDC dengan pelabur luar, Eksekutif Forum (Sabah Maju Jaya-SOGDC), Showcase SMJ, dan Career Gig-SMJ.

Minggu SMJ-SOGIP 2022 merupakan anjuran bersama antara Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dengan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC).
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain