Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis jamuan makan malam SMJ Evo Nite disambut meriah

Pelbagai pakaian dari etnik tempatan diperagakan oleh Urus Setia serta tetamu jemputan sempena Jamuan Makan Malam : SMJ Evo Nite yang mana bertepatan dengan pemilihan tema etnik kontemporari.

Majlis jamuan ini telah diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) pada malam tadi.

YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri mewakili YAB Ketua Menteri hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Selain menjamu selera dengan hidangan yang disediakan, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Selain itu, turut berlangsung upacara penyerahan replika cek masing-masing bernilai RM20,000 kepada dua badan kebajikan iaitu Sabah Society for the Blind serta Sabah Thalassaemia Society.

Upacara penyerahan disempurnakan oleh YB Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan sambil diiringi oleh YB Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, serta YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai,JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.

Terdahulu, sumbangan kepada kedua-dua badan kebajikan tersebut adalah hasil dana terkumpul daripada penganjuran Kejohanan Amal Golf yang telah diadakan pada Ahad lepas, bersempena Minggu SMJ-SOGIP 2022.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain