Kandungan sedang dimuatkan...

Sesi petang Ekadasa SMJ fokus topik kesukanan dan kesejahteraan rakyat

Sesi petang hari pertama penganjuran Ekadasa Sabah Maju Jaya dimulakan dengan tajuk Kepimpinan Belia dan Kecemerlangan Sukan, bersama Speaker Encik Mansur Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah bersama Moderator iaitu YBhg Datuk Kevin Lim Thein Phin serta barisan panel iaitu Encik Vitalis Gulabok Bingkasan, Puan Nur Fadilah Mohamad, Encik Hadie Affendi Hamdan Suarah dan Encik Mohd Shafiq Mohd Hasat @Arshad.

Setiap panel mengutarakan pendapat serta cadangan masing-masing berkaitan penglibatan belia dalam merealisasikan kecemerlangan serta pembangunan negara terutama berkaitan aspek sukan. Selain itu, mereka turut berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai bidang masing-masing untuk disuarakan kepada pihak berkaitan.

Selepas itu, Speaker sesi ketujuh iaitu YBhg. Datuk Sr. Lee Chun Khiong, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah mengupas mengenai tajuk Kesejahteraan Rakyat: Mensejahterakan Kumpulan Sasar bersama Moderatornya Dr Habibie Ibrahim serta barisan panel iaitu Dr Ian Stephen Baxter, Dr Balan Rathakrishnan, Dr Ananglangka bt. Md Kassim, dan Puan Na’imah binti Ahmad.

Sesi seterusnya pula berkaitan Kesejahteraan rakyat: Pembasmian Kemiskinan bersama Speaker YBhg. Datuk Haji Faimin bin Kamin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Moderator sesi ini ialah Rncik Syahrin Samsir bersama barisan panel Encik Jamawi Jaafar, Dr Rafiq Idris dan Encik Mohamad Shafwan Ag. Jaludin. Topik kali ini dilihat sensasi untuk dibincangkan bersama bagi mencari alternatif terbaik untuk mengubah demografi serta jurang pendapatan rakyat yang tercicir daripada arus kemajuan.

Setelah itu, YBhg. Datuk Mohd Jasmin Julpin, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah menjadi penutup tirai bagi sesi hari pertama Ekadasa SMJ. Beliau bersama Moderator Tuan Ir Edward Lingkapo mengetuai sesi bersama barisan panel iaitu YBhg. Datuk Ir. Ali Ahmad Hamid, Encik Leonard Stephen Poyong, Encik Maswandie Maimoon, dan Puan Nurul Adilah binti Ahmad Rasyid.

Topik ini juga merupakan isu yang menjadi perbualan pelbagai pihak terutama rakyat setempat. Setiap panel telah mengutarakan pendapat masing-masing bagi mencari solusi dalam penambahbaikan serta pemantapan jaringan infrastruktur di Sabah.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain