Kandungan sedang dimuatkan...

YBhg.Datuk KPPAN ulas rangkuman keseluruhan Ekadasa SMJ

Mentransformasikan Sektor Pertanian dan Keselamatan Makanan (Food Security), telah menjadi pembuka topik sempena Ekadasa Sabah Maju Jaya pada hari kedua penganjuran.

Speakernya ialah YBhg. Datuk Dr. Mariana Tinggal, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah bersama Moderator YBhg. Datuk Idrus Shafie mengalas tanggungjawab mengendalikan sesi bersama barisan panel iaitu YBhg. Datuk Badrul Hisham Mohd, Encik Dzulkifli Hj. Ghulamdin, Encik Waily bin Harim, Dr.Hjh Normah Yusop, Encik Godfery Kissey, Encik Mohd Redzuan Haji Awang, dan Encik Izamri Rosman.

Panel yang hadir berkongsi gerak kerja serta pencapaian setiap jabatan mengenai inisiatif yang telah dilaksanakan. Selain itu, cadangan penambahbaikan turut diketuarakan bagi melihat tahap keberkesanan untuk diaplikasi dalam meningkatkan hasil pengeluaran sektor pertanian di negeri ini.

Sesi seterusnya adalah mengenai Dasar Kewangan Negeri Sabah yang dikendalikan oleh Speaker YBhg. Datin Mary Angela Sipaun, Bendahari Negeri bersama Moderator YBhg. Datuk Peter Thien. Barisan Panel pula adalah Encik George Taitim Tulas, Puan Evina Brenda Majimbun dan Puan Chelsie Feeley Bachi.

Semasa perkongsian, setiap panel mengutarakan tentang pencapaian dan keberhasilan dalam melaksanakan pelbagai inisiaitf di setiap jabatan. Selain itu, panel turut membahaskan mengenai perbandingan pelbagai sektor dalam dan luar yang menjadi penyumbang hasil pendapatan negara. Hal ini bukan sahaja memberi sumbangan dalam profit tetapi juga dapat menyumbang kepada pembangunan sosial.

Tajuk Kesejahteraan Rakyat : Perumahan dan Perbandaran menjadi topik seterusnya pada sesi kali ini. Setiap panel telah menyentuh dan mengupas mengenai isu berkaitan perumahan dan perbandaran di negeri ini. Panel turut mengemukakan statistik permintaan mengenai rumah mampu milik dalam kalangan penduduk yang berpendapatan rendah.

Selain itu, maklumat mengenai skim dan pinjaman turut diketengahkan sebagai informasi kepada yang hadir. Pada masa yang sama, turut dibahaskan adalah mengenai cabaran dan peluang yang akan dapat diambil oleh pihak berkaitan, misalnya perpindahan ibu negara Jakarta ke Kalimantan yang akan merubah landskap pembangunan sesebuah daerah yang berdekatan. Justeru, panel berharap akan ada penglibatan serius semua pihak pihak berkuasa tempatan dalam pengusaha tempatan dalam mencari solusi berkaitan permasalahan yang dibangkitkan.

Speaker sesi ini ialah YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah bersama Moderator YBhg. Datuk Masnah Matsalleh. Barisan panel pula terdiri daripada Encik Stanley Chong, Puan Rosemary Ahping, Encik Benedict Asmat, dan Puan Sandra Ann Jerry.

Sesi rumusan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah merangkap Ketua Sekretariat HTSMJ menjadi sesi terakhir yang menutup tirai bagi sesi Ekadasa SMJ 2022.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain