Majlis disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan turut dihadiri oleh YAB Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada semua anggota pasukan keselamatan atas jasa bakti mereka menjaga keamanan negeri, serta sumbangan petugas kesihatan yang bekerja tanpa jemu memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
Dalam ucapan YAB Ketua Menteri, Kerajaan Sabah amat menghargai peranan serta komitmen pasukan keselamatan dan petugas kesihatan dalam menjaga keamanan negeri sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara terutama dalam memerangi pandemik COVID-19.
Katanya, pengorbanan semua anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan dalam menjaga keharmonian Sabah membolehkan kerajaan negeri memastikan pelaksanaan pelan pembangunan khususnya menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berjalan lancar.
Terdahulu, sebanyak 12 buah pasikan keselamatan yang terdiri dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah; Tentera Darat 5 Divisyen; Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2); Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malasyia Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (MARITIM MALAYSIA); Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah; Jabatan Penjara Negeri Sabah; Jabatan Kesihatan Negeri Sabah; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah.


