Kandungan sedang dimuatkan...

Daerah Kalabakan berpotensi jayakan teras utama HTSMJ

Kalabakan ’ merupakan perkataan yang diambil dari bahasa suku kaum Tidong iaitu ‘Kalap angkan’ yang bermaksud ‘dapat makan’. Kewujudannya bermula sebagai sebuah kampung yang tertua sebelum Sabah mengecapi kemerdekaan lagi. Majoriti penduduk pula adalah dari suku kaum Tidong dan Murut dan mula berasimilasi dengan pelbagai bangsa lain seperti melayu, Cina, Lundayeh, dan Dusun.

Bermula 01 Januari 2019, Kalabakan yang terletak di sebelah barat daerah Tawau ini, telah menjadi sebuah daerah baharu dengan jarak kira-kira 106 kilometer dari bandar Tawau. Kegiatan ekonomi penduduk setempat adalah berbentuk pertanian dan perikanan.

Baru-baru ini, bertarikh 19 April 2022, Sekretariat Sabah Maju Jaya telah memulakan langkah awal dengan mengadakan Program Mini Roadshow Hala Tuju Sabah Maju Jaya di Rumah Rehat Felda Kalabakan yang dirasmikan oleh YBhg. Datu (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Program ini merupakan libat urus yang memberi pendedahan serta menyebar luas intipati Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 : 2021-2025) secara lebih dekat kepada rakyat Sabah.

Ketika menyampaikan Retrospektif Aspirasi HTSMJ, Datuk (Datu) Rosmadi sempat berkongsi konsep 3R iaitu Revitalize, React dan Responsible yang diperkenalkan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pendekatan 7T Hala Tuju JPAN 2022 iaitu Tangkas, Tepat, Telus, Tertib, Tegas, Tanggungjawab dan Terima Kasih turut diperkatakan oleh beliau dalam usaha melestarikan perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat selaras dengan konsep Bekerja Tanpa Pejabat.

Selain itu, beliau yang juga merangkap Ketua Sekretariat HTSMJ itu, menerangkan mengenai kegiatan ekonomi masyarakat setempat di daerah Kalabakan, selain menunjukkan lokasi menarik yang boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan.

Sementara itu, Tuan Muhammad bin Haji Mohd Ali, Pegawai Daerah Kalabakan turut berpendapat bahawa daerah ini sememangnya berpotensi besar dalam menjayakan teras utama HTSMJ, terutama sektor pertanian, pelancongan dan modal insan.

“Pelaksanaan pelbagai platform atau pendekatan yang berterusan oleh Kerajaan Negeri Sabah seperti libat urus akan memudahkan lagi pelan pembangunan HTSMJ lebih difahami dan diterima oleh masyarakat di daerah ini.

“Justeru, kita akan pastikan daerah ini akan pesat membangun terutama dari segi tadbir urus yang lebih baik bagi menyokong HTSMJ ini untuk direalisasikan di daerah Kalabakan,” katanya sambil menambah akan membina mercu tanda SMJ di pejabat Daerah Kalabakan sebagai tanda sokongan kepada pelan berkenaan.

Bagi Mohamad Jalani Haji Chachu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N72 Marotai, beliau menyifatkan pelaksanaan setahun HTSMJ ini telah memberi impak positif terutamanya dalam melonjakkan ekonomi Sabah menerusi kemasukan pelabur domestik dan luar negara.

“Ini menampakkan bahawa Ketua Menteri kita bukan sahaja berjaya melaksanakan slogan Sabah Maju Jaya tetapi juga dalam melaksanakan pelan ini mengikut landasan yang sepatutnya.

“Kita harap tindakan yang proaktif daripada kerajaan negeri akan berterusan dalam melonjakkan lagi ekonomi demi kesejahteraan rakyat khususnya di daerah Kalabakan ini, “ katanya.

Turut diadakan sesi penyerahan Buku Ringkasan HTSMJ kepada Tuan Muhammad, sebelum diakhiri dengan majlis berbuka puasa sejurus selesai acara utama program Mini Roadshow tersebut.

Hadir sama, Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan) JPAN, Saridun Mohd Jinin, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), SM Marjumin Rasan, Ketua Balai, Balai Polis Kalabakan, Mohd Jalani Bin Haji Chachu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.72 Merotai, Hadu Sham Bin Nureddin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.73 Sebatik, Salleh Bin Tahir, Ketua Daerah Kalabakan dan Ketua Jabatan Agensi Negeri dan Persekutuan.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain